|
Ringkas Jordan

| Nama
Negara |
The
Hashemite Kingdom Of Jordan
|
| Nama
Ringkas |
Jordan |
| Ketua
Negara |
King
Abdullah II bin Hussein at-Talal |
| Keluasan
Negara |
92,300
Sq Km |
| Ibu
Negara |
Amman |
| Muhafazat
(Negeri-negeri) |
Terdapat
12 Negeri- Ajlun, Al 'Aqabah, Al Balqa', Al Karak,
Al Mafraq, 'Amman, At Tafilah, Az Zarqa', Irbid, Jarash,
Ma'an, Madaba
|
| Tahun
Kemerdekaan |
25
Mei 1946 |
| Kerajaan |
Raja
Bermonarki |
| Jumlah
Penduduk |
5,759,732
(Julai 2005) |
| Penduduk |
Arab
98%, Circassian 1%, Armenian 1% |
| Agama |
Sunni
Muslim 92%, Kristian 6%
(Majoriti Greek
Ortodok,
segelintir Greek dan Roman Katolik, Syrian Ortodok, Coptic
Ortodok, Armenian Ortodok & Protestan), lain-lain 2%
(terdapat Shi'a Muslim dan
Druze)
|
| Bahasa |
Arab |
| Ekonomi |
Fosfat, Potash |
| Cuaca |
Mengalami 4
musim (Iklim Mediterranean) |
| Kawasan
Tertinggi |
Jabal Ram
(1734m) |
| Kawasan
Terendah |
Laut Mati
(-408m) |
|
|
Dapatkan Buku Terbaru
Panduan & Bajet Pengembaraan
Di Seluruh Karak, Jordan
Nama Penulis
Muhamad Hazimin bin Sulaiman
Cetakan
Cetakan Pertama Oktober 2005
Halaman
50 Mukasurat
Istimewa Buku ini
Mengandungi maklumat 36 Lokasi Sejarah
Para Anbiya' & Sejarah Ketamadunan
Silam.
Dilengkapi maklumat terperinci cara mudah
ke lokasi yang ingin dikunjungi.
Disertakan bersama tips-tips pengembaraan
di Karak dengan Bajet Belanja
Pengembaraan yang terendah.
Disertakan jadual cadangan pengembaraan selama 10 hari yang meliputi keseluruhan
36 lokasi sejarah utama di Karak.
Disertakan maklumat hotel dan
restoran di sekitar Karak.
|
|
Kenali Karak
Terdapat pendapat mengatakan
bahawa Karak adalah nama salah satu kaum Nabi Nuh a.s, namun ia jarang
diperkatakan dan tiada sumber sahih yang ditemui. Para ahli sejarah menyatakan
nama Karak di ambil daripada Karka yang bermaksud kota yang berdinding di dalam
sebuah bandar. Karak juga pernah dikenali dengan Kir, Kir Heres atau Kir
Hareseth. Pada zaman pemerintahan Moab ia dikenali dengan Karakmoba atau
Characmoba yang membawa maksud kota pertahanan Moab.
Penempatan di Karak telah bermula sejak zaman batu lagi. Seluruh kawasan Karak
dipenuhi oleh tinggalan sejarah dan tamadun silam. Karak pernah pernah menjadi
ibu kota kerajaan Moabiah dan pernah diduduki oleh kerajaan Rom-Byzantium.
Seluruh kawasan Karak pernah dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam. Bermula dari
Zaman Umayyah hinggalah Zaman Turki-Uthmaniyyah. Kerajaan Umayyah telah membina
masjid utama di Karak yang dikenali sebagai Masjid Umawi yang terletak di
kawasan tengah bandar Karak. Masjid tersebut telah ditambah binaannya pada zaman
kerajaan Uthmaniyyah. Pada zaman Abbasiah, kota Karak berada dibawah kuasa
kerajaan tersebut yang berpusat di Iraq. Seluruh kawasan Karak amat subur dan
hasil pertanian dari Karak turut menjadi sumber ekonomi pada ketika itu.
Sallehuddin Al-Ayubi atau gelarannya Abu Muzhaffar, berbangsa Kurdi merupakan
pemerintah Kerajaan Mamluk yang telah berjaya menawan kota ini dari kuasa
Reynald Chatillon pada tahun 1177M. Bermula dari saat itulah kerajaan-kerajaan
Islam terus menguasai bandar Karak dan seluruhnya. Kota Karak yang menjadi mercu
utama di bandar Karak telah dibaiki dan dibangunkan semula oleh Sultan Zahir
Baibar pada tahun 1263M. Banyak binaan baru telah dibina pada zaman tersebut
antaranya Burj Al-Banawi.
Menurut catatan sejarah, kawasan Karak ini turut menjadi laluan penting untuk
para haji yang datang dari arah Turki dan Syria menuju ke Mekah. Pada ketika itu
terdapat dua laluan utama jemaah haji untuk ke Mekah iaitu jalan haji moden yang
digunakan sekarang dan jalan Balqa ke Karak. Bagi jemaah haji yang mengikuti
jalan Balqa, mereka akan singgah di Karak dan meneruskan perjalanan ke Mekah
melalui Tofilah iaitu sebuah muhafazah di selatan Karak.
Pengembara Islam Ibnu Battuta yang mengembara selama 29 tahun (1325 hingga 1354)
pernah singgah di Karak pada awal pengembaraannya iaitu pada tahun 1325-1327.
Pada ketika itu, Ibnu Battuta memulakan perjalanannya dari Maghribi untuk
menunaikan fardhu haji dan kemudiannya mengembara ke Parsi. Beliau melalui
bandar Karak yang pada ketika itu diperintah oleh kerajaan Mamluk. Karak
diperintah oleh Kerajaan Uthmaniyyah sehingga pengunduran tenteranya pada tahun
1918. |
|

|
Biodata Penulis |
Nama:
Muhamad Hazimin bin Sulaiman
Asal:
Parit Buntar, Perak
Tarikh Lahir:
6 Januari 1982
Bidang:
Usuluddin (Tahun Akhir)
Hobi:
Membaca, Mengembara
Mengumpul National Geographic
Magazine
Pendidikan:
SK Titi Serong (89-94)
Madrasah Idrisiah KK (94-99)
Mu'tah University (00-Sekarang)
|
|
|
Bandar Karak terletak di selatan negara Jordan kira-kira 121km dari ibu negara
Amman. Kawasan berbukit bukau dan ketinggiannya dari paras Laut Mati adalah
1200m. Muhafazah Karak bersempadan dengan muhafazah Tofilah,
Madaba dan Ma’an. Kawasan-kawasan utama di dalam muhafazah Karak ialah:
Bandar Karak, Lisan Peninsula yang merangkumi kawasan selatan Laut Mati
hingga ke Ghor as-Safi, Wadi Mujib, Wadi Isal, Wadi Karak, Wadi al-Hisa, Dataran
tinggi Karak (Karak Plateu), Jabal Shihan, Suwaqa dan Qatranah, ar-Rabba
dan al-Qasr, Mu’tah dan Mazar, Hazman serta Sultani-Wadi Abyad.
Jordan menerima tempias angin Mediterrinein yang memungkinkan ia mengalami 4
musim yang berbeza. Kawasan Karak turut menerima keistimewaan 4 musim ini. Musim
bunga bermula akhir Mac hingga awal Jun, musim panas pertengahan Jun hingga awal
Oktober, musim luruh yang singkat dan musim sejuk bermula pada akhir November
hingga pertengahan Mac. Kawasan Mu’tah dan Mazar merupakan kawasan yang lebat
menerima salji disebabkan berada dikawasan yang lebih tinggi dari kawasan
sekitarnya. Kebiasaanya salji akan turun pada bulan Februari setiap tahun.
Penduduk muhafazah Karak majoritinya beragama Islam dan terdapat
segelintir penduduk beragama kristian yang menetap di utara bandar Karak.
Ekonomi utama penduduk di Karak adalah dari hasil pertanian (Buah-buahan,
sayur-sayuran dan bijiran). Terdapat penduduk yang bekerja di lombong Fosfat di
Wadi Abyad dan Sultani. (salah satu dari tiga lombong fosfat utama di Jordan
yang dibuka pada tahun 1908). Selain itu ada yang bekerja di dalam sektor
perkilangan di kawasan Lisan serta Madinah Sina’iyyah dan bakinya adalah
kakitangan kerajaan. Masyarakat arab yang menetap di Karak merupakan penduduk
asal negara Jordan, tidak seperti di Amman, penduduknya adalah 80% dari negara
Palestin. Antara kabilah-kabilah arab yang menetap di Karak ialah: Sorairah,
Taraunah, Qatatnah, Kasasbah, Garallah, Abu Nawas, Qataunah, Mawanis, Mawajdah,
Dola’in, Maa’itah, Majali, Butush, Khirsyah, Ja’afrah, Hamaidah, Basyabsyah,
Hajaya, Mataarnah, Hutoibat, Bayaidoh, Bustanji dan beratus kabilah yang lain.
Masyarakat badwi menjadi penjaga di dataran luas dan bilangan mereka ramai di
Karak.
Terdapat sebuah Universiti
di Karak iaitu Universiti Mu’tah yang terletak 11km dari bandar Karak dan sebuah
kampus cawangan Universiti Balqa’ (Fakulti Sains Sosial) terletak berhampiran
Saniah. Universiti Mu’tah menempatkan seramai 17,279 orang pelajar pada tahun
2004 yang terdiri daripada pelajar tempatan Jordan dan luar termasuklah Malaysia
serta pelajar dari 22 negara yang lain.
Kawasan-kawasan Sejarah Para
Anbiya' & Sahabat &
Tamadun Silam yang terdapat di Karak
-
Makam Nabi Nuh a.s
-
Makam Nabi Khidir a.s
-
Makam Nabi Sulaiman a.s
-
Makam Zaid bin Harithah (Syahid Perang Mu'tah)
-
Makam Jaafar bin Abi Talib (Syahid Perang Mu'tah)
-
Makam Abdullah bin Rawahah (Syahid Perang Mu'tah)
-
Gua Nabi Luth a.s
-
Perigi Nabi Syuaib a.s
-
Kawasan Peperangan Mu'tah (3000 tentera Islam
bertempur 200,000 tentera Rom)
-
Qala'ah Karak (Kota Sallehudin Al-Ayubi)
-
Qasr Ar-Rabba (Kota Islam Ma'ab)
-
As-Simakiyyah (Arkeologi Batuan Basalt)
-
Balu' (Kesan Tamadun Mesir di Karak)
-
Adir (Batu Tanda Laluan Silam)
-
Mreghah (Arkeologi penempatan silam)
-
Lajjun (Berek Tentera Rom)
-
Qala'ah Qatranah (Kota Kawalan, Kemudahan &
Keselamatan laluan para haji)
-
Laut Mati- Dead Sea (Bala Allah terhadap Sodom &
Jemoroh)
-
An-Numeira (Kesan Zaman Gangsa III)
-
Bab ad-Dhra' (Perkuburan Lama Zaman Gangsa)
-
Besena (Tapak Arkeologi Mumia?)
-
Adnaniyyah (Penempatan Lama Kerajaan
Turki-Uthmaniyyah)
-
Jarjul (Tapak Arkeologi penempatan silam &
ketenteraan)
-
Mushraga (Antara Puluhan Arkeologi di Hazman)
-
Muthalath Iraq (Penemuan Taman Fosil Kerang)
-
'Ain Qala'ah (Mata Air Rezeki)
-
Al-Midan (Pemandangan Laut Mati dari bukit
tinggi)
-
Qala'ah Sul (Tinggalan Rom-Byzantium & Kerajaan
Islam)
-
Qala'ah Muhay (Gereja Lama Byzantium)
-
Jabal Abu Rukba (Kota Unik di tengah padang
pasir)
-
Tell Telah
-
An-Nakhil (Fosil & Tinggalan Nabatean)
-
Sgeira (Keistimewaan Mozek Byzantium)
-
Zhat Ras (Rumah Ibadat Rom)
-
Khirbet Tannur (Kota Nabatean di Bukit Tannur)
-
Umm al-Ayasein (Bukit Lautan Fosil)
-
Sajaratain Missiah (Pokok Misteri di bukit
Hazman)
|

Penulis bersama arab badwi
di perkhemahan Badwi Balu'a,
Barat Laut Karak.

Bersama
rakan-rakan di Wadi Al-Hisa.
Sempadan Karak dan Tofilah
|